Penuntut kolej rugi RM1,890 ditipu sindiket jual pelitup muka  - Utusan Malaysia

Penuntut kolej rugi RM1,890 ditipu sindiket jual pelitup muka 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang penuntut kolej kerugian RM1,890 selepas diperdaya sindiket penjualan pelitup muka menerusi laman sosial Facebook di sini semalam.

Mangsa yang berusia 19 tahun tertarik dengan iklan penjualan penutup muka itu yang djual pada harga RM9 untuk 50 keping atau sekotak dan menghubungi nombor yang tertera pada laman Facebook tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa menerusi aplikasi Whatsapp kemudiannya membuat tempahan sebanyak 200 kotak pelitup muka berjumlah RM1,800.

Tambah beliau, suspek berjanji pelitup muka yang dipesan akan dikirimkan dalam tempoh tiga hari selepas pembayaran dibuat namun sehingga kini mangsa tidak menerimanya.

“Mangsa menyedari ditipu selepas suspek gagal dihubungi sebelum tampil membuat laporan polis kelmarin,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil semakan mendapati akaun bank yang diberikan oleh pihak penjual turut terlibat dengan lima kes penipuan menggunakan modus operandi sama sebelum ini.

“Sehingga kini, sebanyak 13 kertas siasatan berkaitan penipuan penjualan pelitup muka bagi daerah ini sudah dibuka membabitkan kerugian sebanyak RM68,935,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya