Maqis rampas 26 tan metrik ayam sejuk beku - Utusan Malaysia

Maqis rampas 26 tan metrik ayam sejuk beku

KONTENA yang ditahan membawa ayam sejuk beku dianggarkan bernilai RM170,000 di ICQS, Padang Besar, Perlis, Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas sebanyak 26 tan metrik atau 26,000 kilogram ayam sejuk beku dianggarkan bernilai RM170,000 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, Rabu lalu.

Pengarah Maqis negeri, Mohamad Arshad Raffin berkata, pihaknya menahan sebuah kontena yang membawa ayam sejuk beku tersebut kira-kira pukul 3 petang di unit kargo ICQS terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati kontena tersebut membawa keratan ayam sejuk beku seberat 26,000 kilogram dengan anggaran bernilai RM170,601,60.

“Barang dagangan tersebut ditahan kerana kita mendapati dokumen sijil kesihatan dari negara pengeksport yang dikemukakan itu tidak tepat dan mengelirukan ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Arshad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kita sentiasa bersiap-siaga dan sentiasa memastikan setiap keluaran pertanian yang diimport ke Malaysia bersih, selamat dan halal untuk dimakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya