Lagi pekerja sangkar ikan warga asing diberkas - Utusan Malaysia

Lagi pekerja sangkar ikan warga asing diberkas

DUA pekerja sangkar ikan warga Myanmar ditahan selepas gagal mengemukakan permit sah ke negara ini pada kedudukan 0.1 batu nautika Timur Batu Uban, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri menahan dua pekerja sangkar ikan warga Myanmar selepas gagal mengemukakan permit sah ke negara ini pada kedudukan 0.1 batu nautika Timur Batu Uban di sini, petang semalam.

Operasi dijalankan anggota peronda Maritim Malaysia negeri ke atas bot sangkar yang dinaiki lelaki warga asing terbabit kira-kira pukul 4 petang. 

Pengarahnya, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati permit dua daripada tujuh pekerja asing warga Myanmar itu telah tamat sejak April lalu.

“Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1)(c) kerana tinggal dan berada di Malaysia selepas pas atau permit sudah tamat tempoh.

“Kesemua mereka dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, pihaknya turut menahan dua bot nelayan tempatan kelas A setelah didapati menangkap ikan tanpa lesen sah pada kedudukan 1.3 dan 1.4 batu nautika Barat Laut Tanjung.

“Empat individu berusia 35 hingga 52 tahun yang sedang menangkap ikan di atas bot itu dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985.

“Kedua-dua bot tidak bernombor tersebut bersama dua unit pukat rawa sorong, 80 kilogram ikan campur, dua tekong serta dua awak-awak ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk siasatan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya