Imigresen Selangor tahan 20 PATI - Utusan Malaysia

Imigresen Selangor tahan 20 PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kelekaan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sedang bekerja di sebuah kedai makan dikejutkan dengan kehadiran Jabatan Imigresen Selangor dalam satu serbuan di daerah ini.

Malah, menyedari kehadiran penguat kuasa, mereka cuba melarikan diri, namun tindakan kesemua PATI itu gagal selepas mereka diberkas.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, operasi selama tujuh jam bermula pukul 9 malam itu mensasarkan beberapa buah restoran, kedai makan dan rumah pekerja di sekitar Shah Alam, Subang Jaya dan Hulu Langat.

Menurut Mohamad Shukri, ketika serbuan, terdapat beberapa PATI yang sedang nyenyak tidur dan apabila menyedari kehadiran penguat kuasa, mereka cuba melarikan diri namun tidak berjaya dan ditahan oleh anggota.

“Dalam operasi yang disertai oleh 15 orang pegawai dan anggota itu, kita telah memeriksa 30 orang dan menahan 20 PATI.

“Kesemua PATI yang ditahan ialah lapan warga India, tujuh warga Indonesia, dua warga Thailand, dua warga Pakistan dan seorang warga Bangladesh. Kesemua yang ditahan berumur lingkungan 20 hingga 51 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Mohamad Shukri, kesemua yang ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal tanpa pas atau permit sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama iaitu tinggal lebih masa serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas yang telah diberikan.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Bahagian Penguat kuasa, Pejabat Imigresen Negeri Selangor untuk siasatan lanjut dan akan direman selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 di Depoh Imigresen Semenyih. 

“Kita juga akan menjalankan siasatan bagi mengesan majikan atau pelindung kepada PATI ini, dan sekiranya didapati melakukan kesalahan, mereka turut dikenakan tindakan undang-undang termasuk didakwa di mahkamah,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya