Sindiket seludup rokok lebih RM16 juta lumpuh - Utusan Malaysia

Sindiket seludup rokok lebih RM16 juta lumpuh

SEBAHAGIAN rokok seludup yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Pelabuhan Labuan, Putrajaya, baru-baru ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan sindiket penyeludupan rokok rentas sempadan dengan rampasan bernilai RM16.74 juta termasuk cukai selepas menahan dua kontena di Pelabuhan Labuan dekat sini, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pengarahnya (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Johari Alifiah berkata, pemeriksaan ke atas kontena itu menemukan sejumlah rokok berjenama yang disyaki barang larangan atau barang belum diluluskan jabatan berkenaan.

“Kedua-dua kontena tersebut tiba di Pelabuhan Labuan pada 9 Julai lalu. Pemeriksaan mendapati dagangan di dalam dua kontena tersebut diikrar sebagai rokok dan diimport dari salah sebuah negara Asia Tenggara.

“Siasatan awal mendapati syarikat mengimport tidak memiliki lesen import,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Johari berkata, jumlah barang rampasan dianggarkan bernilai RM2.24 juta manakala anggaran cukai sebanyak RM14.5 juta.

Katanya, seorang ejen JKDM disyaki terlibat menguruskan pengikraran dagangan barang di dalam kontena tersebut dan beberapa individu lain dikesan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Peraturan-Peraturan Kastam 2019 di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

“Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang sepuluh kali nilai barangan atau RM100,000, atau 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau dipenjara tidak kurang daripada enam bukan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya