Lelaki ragut beg tangan warga emas berjaya ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki ragut beg tangan warga emas berjaya ditahan

SUSPEK lelaki yang meragut beg tangan warga emas dalam kejadian di Jalan Tambatan kelmarin ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kota Tinggi, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Polis berjaya menahan suspek lelaki yang meragut beg tangan warga emas dalam kejadian di Jalan Tambatan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi tadi oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Kota Tinggi.

Jelasnya, suspek merupakan seorang penganggur telah ditahan di Felda Sungai Pasak, Kota Tinggi, Johor.

“Semasa tangkapan dibuat, polis telah merampas sebuah motosikal dan dua buah telefon bimbit. 

“Semakan mendapati suspek memiliki dua rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah. Saringan awal air kencing mendapati suspek juga positif dadah jenis Syabu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussin berkata, suspek direman selama tujuh hari sehingga 1 Ogos dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Dadah Merbahaya 1952.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan tindakan seorang lelaki yang meragut warga emas tidak berbaloi apabila bukan sahaja dilanggar bahkan hanya mendapat hasil RM20 sahaja.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi semasa mangsa seorang wanita Cina berusia 68 tahun itu dalam perjalanan ke hospital bagi tujuan mendapatkan rawatan. 

Kes berkenaan juga tular dalam media sosial selepas netizen memuat naik rakaman video yang memaparkan kejadian ragut tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN