TF Borong sasar pengusaha F&B, PKS

TF Borong sasar pengusaha F&B, PKS

TF Borong menyasarkan untuk memperluas rangkaiannya ke 20 cawangan sedia ada menjelang penghujung 2027.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TF Value-Mart memperuntukkan pelaburan modal (CAPEX) melebihi RM20 juta bagi melancarkan TF Borong, sebuah platform perkhidmatan makanan dan pemborongan yang menyasarkan pengusaha makanan dan minuman (F&B) serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TF Value-Mart, Ho Mun Hao berkata, inisiatif berkenaan dimulakan menerusi pembukaan dua cawangan di Batu Caves dan Taman Connaught sebagai langkah awal memperluas perkhidmatan pemborongan syarikat.

Beliau berkata, TF Borong menyasarkan untuk memperluas rangkaiannya ke 20 cawangan sedia ada menjelang penghujung 2027 bagi menyediakan kemudahan mendapatkan bekalan bahan mentah dan keperluan perniagaan secara lebih menyeluruh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sektor perkhidmatan makanan merupakan antara segmen yang berdaya tahan dalam ekonomi negara dan memerlukan sokongan pembekal yang memahami keperluan operasi harian pengusaha.

“Pengusaha yang sentiasa memastikan sektor ini terus bernyawa layak menerima sokongan yang dibina khas untuk mereka.

“Pelaburan lebih RM20 juta ini mencerminkan komitmen serius kami dalam menyediakan platform terbaik,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, TF Borong menawarkan lebih 2,000 pilihan produk perkhidmatan makanan termasuk barangan keperluan pantri, produk segar serta bahan premium seperti daging Angus dan Wagyu, udang kara dan ketam salji, tertakluk kepada ketersediaan.

Katanya, setiap cawangan turut menyediakan perkhidmatan tukang daging khusus bagi membolehkan pelanggan mendapatkan potongan daging mengikut spesifikasi dan keperluan perniagaan masing-masing.

Selain itu, penawaran produk secara pukal pada harga kompetitif dijangka membantu pengusaha mengoptimumkan kos operasi, khususnya dalam keadaan persaingan industri makanan dan minuman yang semakin mencabar.

Bagi memudahkan urusan pembelian, TF Borong turut memperkenalkan program keahlian perniagaan eksklusif yang menawarkan pelbagai keistimewaan kepada pelanggan berdaftar.

Pendaftaran keahlian boleh dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp di talian +6012-966 3488, selain menyediakan kemudahan pesanan pantas dan khidmat pembeli peribadi bagi membantu pelanggan mendapatkan barangan diperlukan.

Dalam pada itu, pembukaan cawangan seterusnya dijadualkan bermula 1 Disember 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kedudukan TF Borong dalam pasaran pemborongan makanan negara.

Inisiatif itu dijangka menyediakan lebih banyak pilihan sumber bekalan kepada pengusaha F&B, termasuk penjaja, pemilik kafe, restoran dan pemain industri hospitaliti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini