SPR sasar 95 peratus pengundi awal

SPR sasar 95 peratus pengundi awal

RAMLAN Harun meninjau proses pengundian awal di SMK Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan kadar keluar mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 mencapai 95 peratus menjelang penutupan semua pusat mengundi hari ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, sebanyak 53.25 peratus atau 5,286 daripada keseluruhan 12,531 pengundi awal sudah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat pukul 10.35 pagi.

Beliau berkata, jumlah itu melibatkan tentera dan pasangan serta polis yang mengundi di 31 pusat mengundi awal di seluruh negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dan suka saya maklumkan, sehingga sekarang 10.35 pagi, jumlah keluar mengundi adalah sebanyak 53.25 peratus di mana ia melibatkan seramai 5,286 anggota polis dan juga anggota tentera telah pun keluar mengundi.

“Jadi, kita harapkan trend ini akan terus berterusan sehingga petang nanti dan kita harapkan kadar keluar mengundi boleh mencapai sehingga 95 peratus,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat pusat mengundi awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak di sini hari ini.

Ramlan berkata, sebanyak 50 saluran mengundi dibuka di 31 pusat mengundi awal dengan waktu penutupan berperingkat mengikut jumlah pengundi.

Katanya, 19 pusat mengundi akan ditutup pada pukul 12 tengah hari diikuti tiga pusat pada pukul 2 petang dan sembilan lagi pada pukul 5 petang.

Ramlan berkata, sebanyak 237 kesalahan pilihan raya dilaporkan kepada pasukan pemantau SPR sehingga malam tadi.

Katanya, kesalahan berkenaan membabitkan pelbagai pelanggaran peraturan kempen termasuk pemasangan bendera dan bahan kempen.

“Kesalahan-kesalahan kecil di bawah peraturan-peraturan pilihan raya sebanyak 237,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini