Sijil halal tidak sepadan dengan permit, daging kerbau dari India disita - Utusan Malaysia

Sijil halal tidak sepadan dengan permit, daging kerbau dari India disita

NIK EZANEE MOHD. FAISAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hampir 28 tan daging kerbau bernilai RM413,728 yang diimport dari India disita di Pelabuhan Klang selepas maklumat pada sijil halal didapati tidak sepadan dengan pengisytiharan dalam permit import.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, ketidakpadanan itu dikesan ketika pegawai penguat kuasa memeriksa konsainan berkenaan pada pukul 10.40 pagi, 6 November lalu.

“Dokumen itu didapati mengandungi maklumat yang tidak selaras dengan pengisytiharan tersebut. Susulan itu, semua barangan dagangan seberat 27,984 kilogram berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nik Ezanee berkata, konsainan itu akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk tindakan dan siasatan lanjut berhubung kesalahan yang disyaki di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Katanya, AKPS akan terus mempergiat penguatkuasaan dan memperkukuh kawalan di pintu masuk negara bagi membanteras ketidakpatuhan, manipulasi dokumen serta penyalahgunaan prosedur pengimportan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini