Rosmah tidak tahu mengenai bayaran denda Najib

Rosmah tidak tahu mengenai bayaran denda Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau tidak mengetahui mengenai sebarang maklumat berkenaan status pembayaran denda RM50 juta yang dikenakan terhadap suaminya.

Denda itu sebagai bayaran bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

“Saya tidak tahu, keluarga tidak tahu dan saya pun tidak diberitahu mengenainya,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes melibatkannya di perkarangan Kompleks Mahkamah, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai status kutipan bagi denda itu, Rosmah juga memaklumkan tidak mengetahui dan meminta rujukan dibuat terus kepada pihak yang berkaitan.

“Saya tidak tahu kerana saya tidak terlibat dengan perkara itu. Kamu pergi tanya Asyraf (Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki),” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini