Penganjuran Hyrox Kuala Lumpur 2026 diberi kelulusan bersyarat

Penganjuran Hyrox Kuala Lumpur 2026 diberi kelulusan bersyarat

Dr Mohammed Taufiq Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjuran acara Hyrox Kuala Lumpur 2026 yang dijadualkan pada Disember nanti diberi kelulusan secara bersyarat.

Menteri Belia dan Sukan Dr Taufiq Johari berkata, kelulusan bersyarat itu adalah di bawah Seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan 1997, tertakluk kepada pematuhan penuh Kod Sukan Selamat serta semua syarat yang ditetapkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

“Penganjur Hyrox Kuala Lumpur 2026 telah bersetuju untuk mematuhi sepenuhnya Perkara 5.2 Kod Sukan Selamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“KBS akan memantau pematuhan syarat ini sepanjang penganjuran acara. KBS mengucapkan selamat bertanding kepada semua peserta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Taufiq berkata, acara kecergasan massa seperti itu wajar diteruskan untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sebelum ini, beliau berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan meluluskan penganjuran acara Hyrox Kuala Lumpur 2026 sekiranya tajaan syarikat minuman beralkohol tidak ditarik balik sepenuhnya.

Sebelum ini, tular tangkap layar pengumuman sebuah syarikat minuman beralkohol sebagai ‘Official Beer Partner’ bagi penganjuran pertandingan kecergasan fizikal bertaraf antarabangsa itu yang akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini