Penang FC rehatkan Wan Rohaimi, lantik Victor Andrag sebagai pengganti

Penang FC rehatkan Wan Rohaimi, lantik Victor Andrag sebagai pengganti

WAN Rohaimi Wan Ismail ketika ini direhatkan buat sementara waktu sebagai ketua jurulatih Penang FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Ketua jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail, direhatkan daripada tugasnya berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Penang FC dalam satu kenyataan, keputusan itu dibuat susulan kekalahan 2-1 kepada Melaka FC dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Bandaraya, petang tadi.

Sehubungan itu katanya, Pengarah Teknikal Penang FC, Victor Andrag akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih pasukan berkuat kuasa serta-merta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Untuk rekod, Wan Rohaimi yang berpengalaman luas melatih pasukan belia serta beberapa kelab bola sepak tempatan telah dilantik sebagai pengendali Penang FC kira-kira dua tahun lalu bagi menggantikan Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang direhatkan pada masa itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini