Kolej Universiti Bestari rai 383 bakal graduan pada konvokesyen ke-9

Kolej Universiti Bestari rai 383 bakal graduan pada konvokesyen ke-9

MUSTAPHA Ismail ketika sidang media sempena pengumuman Majlis Konvokesyen ke-9 Kolej Universiti Bestari (UCB) di Putera Jaya, Setiu, Terengganu. - UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seramai 383 bakal graduan Kolej Universiti Bestari (UCB) bakal diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-9 di Raia Hotel and Convention Centre, Kuala Nerus dekat sini, pada 14 November ini.

Naib Canselornya Prof. Dr. Mustapha Ismail berkata, majlis berkenaan adalah pengiktirafan terhadap komitmen dan kesungguhan pelajar yang menamatkan pengajian walaupun berdepan kekangan kewangan serta latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.

Katanya, UCB yang ditubuhkan sejak 24 tahun lalu sentiasa memberi penekanan kepada usaha membuka akses pendidikan tinggi kepada golongan miskin dan anak yatim yang berdepan kesukaran mendapatkan peluang melanjutkan pengajian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“UCB mahu memberi peluang seluas-luasnya kepada pelajar yang kurang bernasib baik termasuk mereka yang kehilangan ibu bapa supaya mereka juga berpeluang menimba ilmu dan memperoleh kelayakan akademik seperti pelajar lain.

“Kita mahu memastikan latar belakang keluarga dan kekangan kewangan bukan penghalang untuk mereka mencapai kejayaan dalam pendidikan,” katanya sempena pengumuman Majlis Konvokesyen ke-9 UCB di sini, hari ini.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini