Harga diesel, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Harga diesel, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

SEORANG lelaki menggunakan kad pengenalan bagi pembelian minyak petrol RON95 bersubsidi di Seberang Perai, Pulau Pinang. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 5 hingga 11 November dilaporkan turun sebanyak 15 sen iaitu daripada RM5.27 kepada RM5.12.

Kementerian Kewangan berkata, sementara itu, RON95 tanpa subsidi juga turun sebanyak 15 sen iaitu daripada RM4.42 kepada RM4.27 seliter.

Sementara itu, RON97 juga turun sebanyak 20sen daripada RM4.90 kepada RM4.70 seliter.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasaran petroleum serantau menunjukkan tanda penyederhanaan berikutan peningkatan bekalan bahan api bertapis, termasuk stok petrol dan diesel di Singapura yang menjadi antara rujukan pasaran bagi penetapan harga petroleum di Malaysia.

“Perkembangan ini, bersama penurunan harga minyak mentah Brent pada penghujung
tempoh pengiraan Mekanisme Harga Automatik (APM) memberi petunjuk kepada kemungkinan tekanan harga yang lebih rendah.

“Bagaimanapun, ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat terus memberi risiko kepada kestabilan harga petroleum dunia,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, dalam keadaan pasaran global yang tidak menentu, kerajaan kekal komited melindungi rakyat dan perniagaan melalui pelaksanaan subsidi bahan api bersasar Budi Madani.

“Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027, subsidi bahan api dijangka kekal tinggi sekitar RM40 bilion pada tahun hadapan bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup.

“Melalui Budi95, penerima yang layak terus menikmati harga RON95 pada RM1.99
seliter berbanding harga tanpa subsidi RM4.27 seliter.

“Ini bermakna kerajaan menanggung subsidi RM2.28 bagi setiap liter, bersamaan 53 peratus daripada harga tanpa subsidi,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini