DUN Kelantan: RM26.91 juta bantu keluarga miskin, baik pulih rumah

DUN Kelantan: RM26.91 juta bantu keluarga miskin, baik pulih rumah

MOHD. NASSURUDDIN DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan membelanjakan RM26.91 juta bagi membantu keluarga miskin dan kurang berkemampuan menerusi program baik pulih kediaman, pembinaan Rumah Dhuafa serta Program Pembelaan Rakyat Miskin sepanjang 2024 dan 2025.

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, sebanyak RM10.86 juta daripada jumlah itu dibelanjakan untuk membantu 1,034 keluarga miskin dan kurang berkemampuan mendapatkan kediaman lebih selamat serta selesa.

Katanya, bantuan berkenaan disalurkan menerusi kerja baik pulih rumah dan sumbangan bahan binaan di bawah Program Bantuan Rumah Dhuafa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada 2024, seramai 473 keluarga menerima bantuan membabitkan perbelanjaan RM5,044,139.90 manakala pada 2025, seramai 561 keluarga dibantu dengan perbelanjaan RM5,811,598.14.

“Bantuan meliputi kerja baik pulih kediaman dan sumbangan bahan binaan berdasarkan keperluan serta tahap kerosakan rumah penerima,” katanya semasa menjawab soalan Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani (BN-Nenggiri) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin berkata, pemilihan penerima dilaksanakan menerusi proses permohonan, siasatan dan pengesahan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan yang tertakluk kepada syarat kelayakan serta kedudukan peruntukan semasa.

Bagaimanapun, katanya, jumlah tersebut tidak termasuk pembinaan Rumah Dhuafa yang dilaksanakan setiap tahun di seluruh negeri.

“Sebanyak 180 rumah dibina setiap tahun dengan kos RM65,000 seunit, menjadikan perbelanjaan keseluruhan RM11.7 juta setahun. Ini adalah program berasingan daripada bantuan baik pulih rumah,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini