Dua wanita cedera dalam kebakaran restoran di Jalan Tun Sambanthan

Dua wanita cedera dalam kebakaran restoran di Jalan Tun Sambanthan

DUA lot restoran dua tingkat di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua wanita cedera termasuk seorang mengalami patah tangan kiri dalam kebakaran membabitkan dua lot restoran dua tingkat di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Md Fuad Selamat berkata, mangsa masing-masing berusia 34 dan 24 tahun dengan kedua-duanya menerima rawatan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh pihak ambulans.

“Seorang mangsa wanita berumur 34 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan manakala seorang wanita berumur 24 tahun mengalami kepatahan di bahagian tangan kiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran Restoran Kaara Saaram Claypot menerusi talian sistem NG999 pada pukul 3.04 pagi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 3.08 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan dua lot kedai restoran dua tingkat dengan setiap lot berkeluasan 20 x 60 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa terbabit menerima rawatan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh pihak ambulans.

Katanya, anggaran kemusnahan kebakaran adalah 100 peratus di bahagian tingkat bawah manakala 50 peratus di bahagian tingkat atas.

“Susulan itu, pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah digerakkan ke lokasi dengan bantuan BBP Pantai dan BBP Seputeh.

“Operasi melibatkan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), tiga Rapid Intervention Motorcycle (RIM), sebuah lori tangki air dan dua jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dengan kekuatan 35 anggota lain-lain pangkat.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini