Banjir kilat di Subang, 789 mangsa terjejas - Utusan Malaysia

Banjir kilat di Subang, 789 mangsa terjejas

MOHD. HAFIZ MUHAMMAD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Seramai 789 mangsa daripada 325 keluarga terjejas akibat kejadian banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Kampung Melayu Subang di sini susulan hujan lebat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, beberapa penempatan terjejas akibat hujan lebat melanda kawasan terbabit. 

Beliau berkata, antara kawasan terjejas ialah Jalan Jati, Jalan 4D dan Lorong 5D di Kampung Cina, Kampung Baru Subang serta Pangsapuri Seri Nilam, Subang Permata.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut terjejas ialah Jalan Merbau, Kampung Baru Subang; Jalan SP 1/8, Taman Subang Perdana; Jalan Bukit Badak dan Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang.

“Kawasan lain ialah Jalan Airport Lama, Kampung Baru Subang; Lot 2800, Taman Setia Warisan serta Jalan Ikhlas, Desa Subang Perantau Dua.

“Bagaimanapun, hanya lapan keluarga membabitkan 30 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Siantan, Kampung Melayu Subang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, setakat 1 tengah hari tadi, jumlah keseluruhan mangsa yang terjejas adalah seramai 789 orang daripada 325 keluarga.

Ujarnya, Balai Polis Kampung Baru Subang menerima 91 laporan polis berhubung kejadian banjir berkenaan daripada mangsa yang terjejas.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan peka terhadap perkembangan semasa serta mendapatkan maklumat tepat dan sahih menerusi platform rasmi yang diiktiraf susulan fenomena Monsun Timur Laut yang sedang melanda,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini