Warga emas maut terperangkap dalam kereta dihanyut banjir

Warga emas maut terperangkap dalam kereta dihanyut banjir

PASUKAN bomba mengeluarkan warga emas yang maut selepas terperangkap dalam kereta dipandunya yang dihanyutkan arus banjir di Kampung Kundur Hulu, Rembau, malam tadi. – GAMBAR/BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang warga emas berusia 74 tahun maut selepas terperangkap dalam kereta dipandunya yang dihanyutkan arus banjir di Kampung Kundur Hulu, di sini malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.20 malam.

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau tiba di lokasi dua minit kemudian sebelum operasi menyelamat dijalankan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Telok Kemang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Waris mangsa memaklumkan bapanya terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Myvi selepas kenderaan itu dihanyutkan arus ketika melalui jalan berkenaan.

“Pasukan PPDA berjaya mengeluarkan mangsa dari kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada pukul 10 malam tadi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini