Warga emas disiasat cabul anak pegawai kanan polis 

Warga emas disiasat cabul anak pegawai kanan polis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: Polis menjalankan siasatan berhubung kes lelaki warga emas yang didakwa mencabul anak pegawai kanan polis di sebuah pusat gimnasium di Melawati kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, siasatan masih dijalankan berhubung kes tersebut. 

“Kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, media melaporkan seorang pegawai kanan polis menahan lelaki warga emas berusia 61 tahun didakwa mencabul anak lelakinya di lokasi kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku pada 7.10 petang ketika mangsa berada di pusat gimnasium bersama rakannya sebelum dicabuli suspek.

Difahamkan dua laporan polis dibuat di Balai Polis Taman Melawati pada malam kejadian.

Turut dirampas,sebuah telefon pintar milik lelaki terbabit turut dirampas bagi membantu siasatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini