Utamakan pekerja tempatan sebelum ambil warga asing – Ka Siong

Utamakan pekerja tempatan sebelum ambil warga asing – Ka Siong

Wee Ka Siong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh mengadaptasi model penggajian dan kuota pekerja asing Singapura bagi memastikan majikan mengutamakan pengambilan pekerja tempatan sebelum dibenarkan membawa masuk tenaga kerja dari luar negara.

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pendekatan itu penting bagi membolehkan pasaran buruh tempatan membezakan kadar gaji berdasarkan kelayakan dan kemahiran, sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat secara mampan.

“Di Singapura, mereka menggunakan Kadar Gaji Kelayakan Tempatan (LQS) di samping mempunyai sistem nisbah antara pengambilan pekerja tempatan dengan pekerja asing atau Had Nisbah Kebergantungan (DRC).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selagi tidak mencapai tahap dikehendaki untuk pekerja tempatan, syarikat tidak layak mendapatkan kuota ambilan pekerja asing. Cara LQS dan DRC ini jika diadaptasi ke Malaysia boleh membantu membezakan taraf gaji, malahan berpotensi menambah pendapatan rakyat,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik kenaikan gaji minimum kepada RM2,000, namun bimbang pengecualian terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tertentu akan mewujudkan pasaran buruh dua darjat.

Kata beliau, PMKS dengan hasil jualan tahunan di bawah RM50 juta dikecualikan daripada pelaksanaan kadar gaji minimum baharu itu dan kekal pada kadar RM1,700.

Menurut beliau lagi, pengecualian berkenaan tidak akan dapat menghalang pekerja berkemahiran daripada berhijrah ke syarikat besar yang berkemampuan menawarkan gaji lebih tinggi.

“Inilah dua darjat pekerja yang saya bimbangkan. Pekerja berkemahiran sudah tentu akan berhijrah ke syarikat yang mampu membayar lebih.

“Akhirnya, PKS tetap terpaksa menaikkan gaji untuk mengekalkan pekerja walaupun margin keuntungan mereka sudah menipis,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini