TXA disasar jadi LIMA bagi sektor pengangkutan

TXA disasar jadi LIMA bagi sektor pengangkutan

ANTHONY Loke Siew Fook ketika sidang media selepas Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) sempena Perasmian Ekspo Pengangkutan Asia (TXA) 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia. Foto : Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penganjuran pameran Ekspo Pengangkutan Asia (TXA) berpotensi menjadi acara utama sektor pengangkutan negara sama seperti Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) dalam industri pertahanan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementeriannya mahu TXA menjadi acara tetap yang dianjurkan setiap dua tahun dengan edisi seterusnya dirancang pada 2028.

Menurutnya, pameran itu akan memberi tumpuan kepada sektor pengangkutan darat, udara, maritim dan logistik serta menjadi platform syarikat mempamerkan teknologi dan penyelesaian baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berharap TXA ini menjadi satu nama jenama sendiri seperti LIMA yang sudah menjadi sinonim dengan industri pertahanan negara.

“Hala tuju kita adalah mewujudkan satu pameran khusus dalam bidang pengangkutan yang dapat menarik lebih banyak syarikat dan pengunjung perdagangan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar sempena TXA 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Anthony Loke berkata, pameran itu turut memberi penekanan kepada teknologi pengangkutan generasi baharu termasuk kenderaan autonomi, robotik, dron dan pesawat tanpa pemandu.

Katanya, TXA juga menyediakan ruang kepada kerjasama antara industri dan institusi pengajian tinggi bagi menggalakkan penyelidikan serta pembangunan teknologi pengangkutan.

“Hasil penyelidikan universiti tempatan perlu diberi peluang untuk dikomersialkan supaya inovasi yang dibangunkan dapat digunakan secara lebih meluas dalam industri,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 13 daripada 17 memorandum persefahaman (MoU) dan dokumen perjanjian yang dimeterai sempena TTXA 2026 adalah melibatkan sektor rel.

Anthony Loke berkata, baki empat dokumen kerjasama melibatkan sektor jalan raya dan maritim.

Menurutnya, kebanyakan MoU berkenaan berbentuk kerjasama strategik antara pemain industri, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan rakan antarabangsa.

“Kami menggalakkan TXA menjadi platform kepada pemain industri untuk menjalin kerjasama strategik serta memuktamadkan perjanjian atau MoU mereka.

“Kerjasama ini diharap dapat memacu pertumbuhan sektor pengangkutan, meningkatkan mutu perkhidmatan serta memperluas penggunaan teknologi,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini