Tiada kecederaan organ dalaman tahanan IPD Cheras

Tiada kecederaan organ dalaman tahanan IPD Cheras

AIDA ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada kecederaan pada organ dalaman dikesan berdasarkan hasil bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Noorizwan Zulkefly, 42, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid berkata, hanya beberapa kecederaan pada bahagian luaran dikesan manakala punca kematian telah dinyatakan sebagai pending laboratory analysis atau menunggu keputusan analisis makmal.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut di mana Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman meneruskan siasatan dari pelbagai sudut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kertas ini juga telah dirujuk ke Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) selaras dengan kehendak Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 (Akta 839),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, polis masih menunggu laporan penuh Jabatan Kimia dan keputusan patologi bagi menentukan punca sebenar kematian Allahyarham pada 1 Oktober lalu.

Lelaki itu ditahan di IPD Cheras berkait kes yang disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Pada 30 September lalu, Noorizwan dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 1.52 pagi, 1 Oktober.

Aida berkata, USJKT telah merakam percakapan 78 saksi terdiri daripada pegawai polis, orang awam, pegawai perubatan, pakar perubatan forensik, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) termasuk dua waris.

Katanya, polis memegang teguh prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan keadilan dalam menangani sebarang insiden sedemikian.

Beliau meminta orang ramai memberi ruang untuk siasatan terperinci dijalankan dan memohon tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

“JIPS memberi jaminan tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan selaras dengan peraturan dan undang-undang,” ujarnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini