Tepati ramalan, Jalaludin Hassan juara Kilauan Emas Selebriti - Utusan Malaysia

Tepati ramalan, Jalaludin Hassan juara Kilauan Emas Selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon veteran, Datuk Jalaludin Hassan, 72, menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai Juara sulung Kilauan Emas Selebriti 2026 yang berlangsung di MBSA, Shah Alam malam tadi.

Kemenangan tersebut sekaligus melayakkan beliau membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, single daripada Rocketfuel Entertainment, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold, hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM800 dan tajaan pakej penginapan 3 hari 2 malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang.

Jalaludin berjaya mencuri hati juri dan seluruh penonton program berkenaan menerusi persembahan lagu Bollywood Humko Humise Churalo dan lagu berhantu, My Way.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aktor berkenaan turut menyumbangkan wang kemenangan Emas Kilauan Selebriti iaitu RM2000 kepada pelakon, Salih Yaacob.

Naib Juara digondol pelakon dan penyanyi, Datuk Ahmad Tarmimi Sarigar, 76, yang membawa pulang trofi sumbangan Astro, single daripada Rocketfuel Entertainment, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold,  hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM600 dan tajaan pakej penginapan 2 hari 1 malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang.

Sementara itu, pelakon Zila Bakarin meraih tempat ketiga, membawa pulang Sebuah trofi sumbangan Astro, emas edisi khas dan hamper tajaan Jus Arabic Gold, dan tajaan pakej penginapan 2 hari 1 malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang.

Fazlina Ahmad Daud pula mendapat tempat keempat, membawa pulang Sebuah trofi sumbangan Astro, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold, hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM350 dan tajaan pakej penginapan 2 hari 1 malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang.

Pentas akhir menyaksikan enam peserta berjuang merebut kejuaraan dalam masa yang sama, menyumbangkan wang kemenangan setiap minggu kepada artis veteran pilihan.

Sementara tempat keempat dimiliki xxxx yang memenangi Sebuah trofi sumbangan Astro, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold, hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM350 dan tajaan pakej penginapan 2 hari 1 malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang.

Pentas akhir Kilauan Emas selebiriti dimeriahkan dengan penampilan rakan duet peserta antaranya, Naqiu, Ameerais, Thalita, Ezlynn, Nadia Fharshah dan Orked Farhan.

Memeriahkan acara merupakan Kumpulan Bumiputera Rockers yang mengiringi persembahan pelakon Wan Hanafi Su dan Khir Rahman.

Turut diundang selaku juri jemputan adalah Datuk Ramli M.S dan Azmi Saat yang melengkapi barisan juri iaitu Datuk Yusry Abdul Halim dan Jihan Muse. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN