PETALING JAYA: Berita baik buat peminat sukan permotoran apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siaran langsung itu membolehkan rakyat di seluruh negara menyaksikan sendiri debaran perlumbaan berprestij dunia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.
Katanya, langkah itu turut memberi peluang kepada peminat F1 untuk bersama-sama merasai kemeriahan perlumbaan tanpa perlu hadir ke litar.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia! RTM akan menyiarkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 secara langsung agar kemeriahan perlumbaan ini dapat dinikmati bersama.
“Saya berharap siaran langsung ini memberi peluang kepada rakyat di seluruh pelosok tanah air untuk merasai debaran perlumbaan bertaraf dunia dari Litar Antarabangsa Sepang,” katanya dalam hantaran Facebook.











