RM240 juta persiapan jadi tuan rumah Sukan SEA, Para ASEAN 2027

RM240 juta persiapan jadi tuan rumah Sukan SEA, Para ASEAN 2027

TUAH menjadi maskot rasmi bagi Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 pada tahun depan.-IHSAN KBS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan RM240 juta sebagai persiapan menjadi tuan rumah Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tahun depan, Malaysia akan kembali menyambut negara tetangga selaku tuan rumah bagi kedua-dua sukan terbesar Asia Tenggara tersebut.

“Temasya gemilang ini harus dimanfaat untuk mengangkat wibawa negara dan membangkitkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, peruntukan RM240 juta disediakan untuk tujuan persiapan penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027,” katanya dalam membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM460 juta untuk pembangunan sukan negara termasuk memperkasa program sukan berprestasi tinggi dan ‘road to gold’, program atlet Para dan Sukan Orang Pekak serta menyelenggara fasiliti sukan di seluruh negara.

“Kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk penyediaan Geran Padanan Sukan bagi menggalakkan penganjuran acara sukan berprestasi tinggi oleh badan sukan, kelab dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Beliau juga mengumumkan peruntukan bagi aktiviti sukan murid sekolah turut ditambah sebanyak 50 peratus kepada RM27 juta.

“Ini bakal memanfaat lebih 4.6 juta murid di 10 ribu sekolah seluruh negara,” katanya. – UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini