RM100 juta tangani banjir Lembah Klang, atasi kesesakan JB

RM100 juta tangani banjir Lembah Klang, atasi kesesakan JB

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi membangunkan kolam takungan dan menyelenggara sungai sebagai langkah segera mengurangkan risiko banjir kilat di Lembah Klang selain pelaksanaan sistem pengangkutan baharu untuk menangani kesesakan di Johor Bahru.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Persekutuan dan Selangor menyepakati lima langkah utama termasuk menilai keupayaan Empangan Batu dan Empangan Klang Gate bagi tempoh 30 tahun mendatang.

Katanya, di Kelantan pula, kerajaan akan memulakan perancangan Projek Empangan Lebir sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu banjir dan bekalan air bersih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Langkah itu dilaksanakan serentak dengan pembinaan Loji Rawatan Air Machang serta penggantian paip uzur yang sedang berjalan.

“Sementara itu, Sistem Transit Aliran Autonomi Bertingkat (e-ART) akan dilaksanakan sebagai penyelesaian utama kesesakan lalu lintas di Johor Bahru.

“Menjelang pembukaan Sistem Transit Rapid (RTS Link), kerajaan turut akan menambah laluan dan kekerapan bas henti-henti, meningkatkan kekerapan KTM Komuter serta menyediakan khidmat Grab Shuttle di kawasan tumpuan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini