Ramanan anggap Sungai Buloh kerusi ‘selamat’

Ramanan anggap Sungai Buloh kerusi ‘selamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R. Ramanan menganggap kedudukannya di kawasan itu sebagai selamat berdasarkan sokongan yang diterima daripada penduduk setempat.

Menurutnya, beliau sudah melakukan yang terbaik sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dan akan terus berusaha memperbaiki prestasi demi memenuhi harapan penduduk.

“Bagi saya, saya sudah melakukan yang terbaik yang boleh. Saya masih melakukan yang terbaik yang boleh dan akan terus melakukannya dengan lebih baik jika mungkin,” katanya kepada pemberita pada majlis Program Madani Kita 2026 di sini hari ini

Memuatkan artikel berkaitan…

Ramanan yang juga Naib Presiden PKR berkata, andaian kerusi selamat itu boleh dilihat berdasarkan sambutan menggalakkan terhadap program bersama masyarakat, termasuk kehadiran kira-kira 1,000 peserta sekali gus memberikan gambaran positif mengenai penerimaan penduduk terhadap usaha dilaksanakan.

“Kalau kita lihat apa yang berlaku di hadapan kita hari ini dan apa yang saya lihat, saya rasa ini adalah perjalanan yang sangat selesa berdasarkan sokongan yang saya terima daripada penduduk di sini,” ujarnya.

Ramanan berkata, program berkenaan diadakan secara terbuka tanpa memilih peserta atau menetapkan soalan tertentu, bagi memberi peluang kepada penduduk menyuarakan pandangan dan membangkitkan isu yang dihadapi mereka.

Beliau berkata, beberapa penduduk turut membangkitkan isu setempat, termasuk masalah longkang yang didakwa belum diselesaikan sejak 2015.

“Kita akan mencari penyelesaian terbaik bagi memastikan masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan segera,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini