Projek tebatan banjir Sungai Golok tertangguh hingga 2027

Projek tebatan banjir Sungai Golok tertangguh hingga 2027

Tebatan banjir Klang
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penduduk di kawasan sempadan Kelantan terus terdedah kepada risiko banjir berulang apabila projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok mengesahkan kelewatan kronik dari aspek skop, tempoh, kos dan kualiti.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd. Radzi berkata, projek PLSB Sungai Golok masih belum disiapkan seperti yang ditetapkan.

Beliau berkata, fasa satu Projek PLSB mengalami kelewatan dan telah diluluskan Pelanjutan Masa sehingga 21 Julai 2027 berbanding tarikh siap dalam perjanjian tambahan pada 13 Ogos 2024.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, pelaksanaan Fasa 2 turut tertangguh akibat kelewatan proses perolehan,” katanya menerusi kenyataan media Laporan Ketua Audit Negara 2/20226.

Wan Suraya berkata pihak audit mengenal pasti kelemahan dalam aspek perancangan projek, penyelarasan antara agensi, pengurusan perubahan skop, pentadbiran kontrak, kawalan reka bentuk, pelaksanaan pembinaan dan pengurusan pelantikan perunding.

Beliau berkata, kelemahan tersebut telah menyebabkan berlakunya perubahan reka bentuk, peningkatan kos projek, kelewatan pelaksanaan, kerosakan struktur rumah pam, pembinaan struktur sementara serta ketidakpatuhan terhadap keperluan kontrak.

“Sekiranya kelemahan ini tidak ditangani secara menyeluruh, objektif projek untuk menyediakan perlindungan banjir kepada Lembangan Sungai Golok, melindungi kawasan penempatan dan pertanian serta memperkukuh keselamatan kawasan sempadan berisiko terus tertangguh di samping meningkatkan implikasi kewangan kepada kerajaan,” kataya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN