PRN Melaka: Penyokong BN, PN dilihat 'sebumbung' di Stadium Hang Jebat 

PRN Melaka: Penyokong BN, PN dilihat ‘sebumbung’ di Stadium Hang Jebat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Semangat penyatuan ummah antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) terserlah apabila penyokong kedua-dua gabungan itu dilihat ‘sebumbung’, sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, hari ini.

Kehadiran penyokong BN dipercayai untuk memberi sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN), Rafie Ahmad daripada Pas. 

Meskipun mempunyai latar belakang politik berbeza, penyokong kedua-dua gabungan itu dilihat bersama-sama dalam suasana mesra sambil membawa bendera parti masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, sebahagian penyokong turut mengambil kesempatan bergambar bersama sambil menyanyikan lagu parti UMNO, Bersatu Bersedia Berkhidmat. 

DUN Paya Rumput dijangka menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan Pakatan Harapan (PH), PN, Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan calon Bebas.

Pada pilihan raya sebelum ini, kerusi berkenaan dimenangi Datuk Rais Yasin daripada Barisan Nasional (BN). 

Bagaimanapun, Rais bertanding di DUN Sungai Udang pada PRN kali ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini