PETALING JAYA: Kerajaan meningkatkan peruntukan bagi pembangunan dan pembaikan prasarana Kampung Baru Cina kepada lebih RM100 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan khusus berkenaan disediakan bagi menaik taraf, membaik pulih serta membina semula pelbagai kemudahan dan infrastruktur awam yang telah uzur di kawasan penempatan terbabit. –UTUSAN
Memuatkan artikel berkaitan…











