Polis tahan 14 suspek disyaki terlibat kes jumpa mayat tepi jalan

Polis tahan 14 suspek disyaki terlibat kes jumpa mayat tepi jalan

MOHD. Shahrilnizam Che Sharif menunjukkan gambar arwah anaknya, Muhammad Haikal yang ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seramai 14 individu yang disyaki ada kaitan dengan kes penemuan mayat remaja lelaki, ditahan polis dalam kejadian di tepi semak berhampiran Jalan Harvard Golf Club, kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya terutama bagi mengetahui motif kejadian terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dua daripada 14 suspek yang ditahan adalah bawah umur dan mereka kini direman selama lima hari, manakala baki suspek lain direman enam hari,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan mayat seorang lelaki dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 20-an ditemukan orang awam di tepi semak berhampiran Jalan Harvard Golf Club, di sini.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian muka dan kepala mangsa.

Terdahulu, ibu mangsa, Azura Zor, 41, berkata, dia tidak menyangka anak sulungnya, Muhammad Haikal Mohd. Shahrilnizam, 19, yang gagal dihubungi sejak akhir bulan lalu ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa.

Wanita itu berharap hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku kejadian berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini