PM rakam ucapan takziah pada keluarga Nik Nazmi - Utusan Malaysia

PM rakam ucapan takziah pada keluarga Nik Nazmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri merakam ucapan takziah kepada bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad atas pemergian bapanya, Nik Ahmad Nik Hassan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mendoakan buat Nik Nazmi dan keluarga kekal tabah di saat sukar ini.

“Salam takziah kepada mantan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi yang dikhabarkan baru kehilangan ayahanda tercinta, allahyarham Nik Ahmad Nik Hassan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mendoakan saudara Nik dan keluarganya dikurniakan ketabahan yang tinggi saat ini, selain saya mendoakan agar ruh bapanya diberi keampunan dan diberi tempat yang sangat istimewa di sisi-Nya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 96 tahun, dilahirkan pada 1930 di Kota Bharu, Kelantan.

Nik Ahmad merupakan bekas penjawat awam yang pernah berkhidmat sebagai ketua setiausaha Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada 1978, ketika kementerian itu baru ditubuhkan di bawah pentadbiran Hussein Onn.

Graduan Universiti Malaya di Singapura, yang kini dikenali sebagai Universiti Nasional Singapura itu memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam di Negeri Sembilan sebelum bertukar ke kampung halamannya di Kota Bharu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini