Play Nation sasar peminat koleksi Malaysia

Play Nation sasar peminat koleksi Malaysia

DUA beradik kembar yang juga pengasas bersama Play Nation, Kai Jun Wong dan Wong Kai Lin pada pelancaran Play Nation di The Exchange TRX, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sambutan menggalakkan daripada peminat barangan koleksi di Malaysia mendorong jenama permainan dan gaya hidup dari Singapura, Play Nation membuka ruang pop-up utamanya di pusat beli-belah The Exchange TRX di sini.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Play Nation, Kai Jun Wong berkata, sambutan terhadap kempen yang dilaksanakan sebelum ini menunjukkan peminat di Malaysia memerlukan pengalaman yang lebih menyeluruh berbanding sekadar pembelian produk.

“Kami telah menghabiskan hampir dua dekad membangunkan Play Nation dan memperkenalkannya kepada peminat di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Komuniti pengumpul di sini sangat bersemangat manakala sambutan menggalakkan terhadap kempen kami yang berlangsung dalam tempoh terhad membuktikan bahawa Malaysia memerlukan lebih daripada sekadar ruang pop-up,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, pembukaan ruang berkenaan bertujuan memberikan peluang kepada peminat tempatan menikmati pengalaman yang menggabungkan koleksi eksklusif, aktiviti interaktif dan komuniti pengumpul.

“Kami mahu peminat di Malaysia merasai pengalaman Play Nation yang sebenar dengan pelancaran koleksi baharu, suasana meriah dan komuniti yang menjadikan pengalaman bermain lebih bermakna,” katanya.

Antara tarikan utama ialah Play Nation Heritage Series yang mengetengahkan produk berinspirasikan kehidupan seharian serta elemen nostalgia Malaysia dan Singapura, termasuk set binaan mini kedai kopi, aksesori bertemakan roti bakar kaya dan mentega serta beg berinspirasikan minuman kopi dan teh susu.

Ruang berkenaan turut menampilkan koleksi kolaborasi bersama Care Bears, Sanrio dan LINE Friends, selain menyediakan aktiviti menghasilkan cenderamata Ocean in a Bottle pada harga RM29.90 sebotol atau percuma dengan pembelian minimum RM150. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini