Pesara guru rugi RM1.1 juta diperdaya pelaburan saham tidak wujud

Pesara guru rugi RM1.1 juta diperdaya pelaburan saham tidak wujud

AZRY AKMAR AYOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pesara guru berusia 65 tahun mengalami kerugian RM1.1 juta selepas terpedaya tawaran pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi TikTok.

Mangsa yang memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Teknologi itu mengalami kerugian keseluruhan RM1,106,253 selepas membuat puluhan transaksi ke akaun bank berbeza mengikut arahan individu yang mendakwa sebagai ejen pelaburan.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan berkenaan selepas melihat iklan di TikTok pada 21 Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, mangsa kemudian berhubung dengan individu yang mendakwa ejen syarikat berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp sebelum diberikan penerangan mengenai pelaburan saham dan analisis pasaran kewangan.

“Mangsa kemudian bersetuju menyertai skim pelaburan tersebut selepas diberikan penerangan mengenai peluang pelaburan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Azry Akmar berkata, antara 21 Ogos hingga 7 Oktober lalu, mangsa melakukan sebanyak 22 transaksi pembayaran secara dalam talian ke dalam enam akaun bank berbeza mengikut arahan diberikan suspek.

“Selepas semua pembayaran dilakukan, mangsa masih diminta membuat bayaran tambahan atas alasan yang tidak munasabah. Mangsa yang tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan mula mengesyaki ditipu sebelum tampil membuat laporan polis di Pekan,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini