Permaisuri Agong bimbang kesihatan mental kanak-kanak, remaja

Permaisuri Agong bimbang kesihatan mental kanak-kanak, remaja

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang semakin meruncing sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap kesejahteraan mental dan emosi generasi muda mendorong Istana Negara mengadakan sesi perbincangan bagi meneliti inisiatif pembangunan serta pemerkasaan sistem aduan dan kaunseling.

Inisiatif itu bertujuan membantu golongan remaja yang berdepan tekanan emosi, masalah kesihatan mental dan pelbagai cabaran kehidupan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sesi perbincangan berkenaan diketuai Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dengan penglibatan beberapa agensi kerajaan termasuk Kementerian Pendidikan (KPM); Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); Kementerian Komunikasi; Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh mekanisme aduan dan saluran bantuan yang mudah diakses, selamat serta berkesan, selain meningkatkan keberkesanan sistem sokongan kepada pelajar yang memerlukan perhatian dan bantuan,” menurut hantaran itu.

Selain itu, Persatuan Kaunseling Malaysia turut menerajui penglibatan secara langsung dengan kerjasama rapat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi penyediaan kaunselor berdaftar dan terlatih dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Menerusi hantaran itu, Raja Permaisuri Agong bertitah bahawa kesihatan mental kanak-kanak dan remaja mesti diberikan keutamaan kerana mereka perlu mengetahui bahawa diri mereka disayangi.

“Ia amanah kita semua tanpa mengira pangkat, kedudukan atau pekerjaan kita untuk menjaga kesihatan mereka dari segi fizikal, mental dan mengambil berat emosi yang mereka rasai semasa di rumah atau di sekolah.

“Kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental perlu terus dipertingkatkan agar tanda-tanda tekanan emosi dapat dikenal pasti lebih awal dan bantuan sewajarnya dapat diberikan,” titah Seri Paduka Baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini