Penuntut wanita USM dijumpai maut di bawah blok asrama

Penuntut wanita USM dijumpai maut di bawah blok asrama

SEORANG penuntut wanita meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari sebuah bangunan di USM Pulau Pinang, hari ini.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang penuntut wanita berusia 21 tahun dijumpai meninggal dunia di bawah blok asrama Universiti Sains Malaysia (USM) di Jalan Bukit Gambir, Gelugor di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa ditemukan oleh petugas kebersihan USM kira-kira pukul 7.25 pagi dalam keadaan terlentang di atas lantai simen di bawah blok asrama berkenaan.

Menurutnya, pihak polis sebelum itu menerima satu panggilan daripada USM kira-kira pukul 8.40 pagi yang memaklumkan mangsa disyaki terjatuh dari sebuah bangunan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan yang dijalankan di tempat kejadian, tiada sebarang unsur jenayah dikesan. Pemeriksaan lanjut pada tubuh mangsa seterusnya mendapati, terdapat beberapa kesan kecederaan luaran yang dipercayai akibat terjatuh dari tempat tinggi,” katanya di sini, hari ini.

Abdul Rozak berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses bedah siasat dan ketika ini, satu laporan mati mengejut (LMM) turut dibuka bagi menyiasat kejadian berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini