Pemuda bebas tiga pertuduhan seksual

Pemuda bebas tiga pertuduhan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda berusia 22 tahun dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini daripada tiga pertuduhan seksual melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun 11 bulan di kawasan lapang berhampiran Jambatan Angkat di sini, tiga tahun lalu. 

Keputusan itu dibuat Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie setelah mendapati keterangan mangsa tidak konsisten dan meragukan.

Beliau berkata, antara perkara utama yang menimbulkan keraguan adalah percanggahan tarikh kejadian dalam laporan polis, laporan perubatan dan rakaman percakapan mangsa selain keterangan saksi yang gagal menyokong dakwaan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mahkamah turut mengambil kira percanggahan keterangan saksi mengenai kejadian yang didakwa berlaku di dalam kereta serta kelewatan mangsa membuat laporan polis.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan tertuduh, Muhammad Nuriman Nabil Mohd Hisham dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri. Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan tertuduh sebanyak RM12,000 dikembalikan. 

Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh berdepan tiga pertuduhan termasuk merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 12 tahun 11 bulan. Mengikut pertuduhan pindaan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kereta di kawasan lapang berhampiran Jambatan Angkat, di sini, antara pukul 8 malam hingga 8.30 malam pada 28 Jun 2023.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan menyuruh mangsa memegang kemaluannya di lokasi dan waktu yang sama. Tertuduh turut berdepan pertuduhan memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa pada waktu dan lokasi berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azhani Azman manakala tertuduh diwakili peguam, Che Amir Che Musa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini