Pemerkasaan syariah perlu ambil kira kuasa negeri, Persekutuan

Pemerkasaan syariah perlu ambil kira kuasa negeri, Persekutuan

MOHAMED Fadzli Hassan (dua dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian Persidangan Syariah san Perundangan Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharui. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Usaha memperkasa undang-undang syariah perlu mengambil kira pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dengan Persekutuan seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan bagi memastikan setiap peruntukan digubal mempunyai asas perundangan kukuh serta boleh dilaksanakan dengan berkesan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, perkara itu perlu diberikan perhatian serius dengan mengambil kira kedudukan institusi diraja, kewibawaan institusi agama dan kerangka perundangan negeri.

Katanya, badan perundangan negeri mempunyai ruang dan kuasa tertentu untuk menggubal undang-undang berkaitan hal ehwal agama Islam, namun tertakluk kepada batasan Perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kewibawaan syariah perlu diperkukuh melalui kewibawaan perundangan, keteguhan institusi dan ketelitian pelaksanaan.

“Setiap peruntukan yang digubal hendaklah mempunyai asas perundangan yang tepat, bidang kuasa jelas serta keupayaan untuk dilaksanakan secara berkesan,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Syariah dan Perundangan Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Mohamed Fadzli berkata, pendekatan berkenaan perlu terus diberikan perhatian supaya usaha memartabatkan Syariah dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, berlandaskan ilmu serta mempunyai kekuatan dari sudut perundangan.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa komited menambah baik sistem perundangan Syariah agar terus relevan, berwibawa dan memenuhi keperluan semasa.

“Antara usaha berkenaan ialah penggubalan Rang Undang-Undang Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 12 Ogos lalu,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini