Peguam Negara arah polis ambil keterangan Mohd.Shuhaily, teliti ketulenan CCTV

Peguam Negara arah polis ambil keterangan Mohd. Shuhaily, teliti ketulenan CCTV

MOHD. DUSUKI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu merakamkan percakapan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bagi melengkapkan siasatan berhubung video yang tular baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peguam Negara, Tan Sri Dusuki Mokhtar berkata, selain mendapatkan keterangan Mohd Shuhaily, pihak polis juga perlu mendapatkan pengesahan mengenai ketulenan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikaitkan dengan kes berkenaan.

“Setelah penelitian dibuat terhadap kertas siasatan tersebut, ada beberapa aspek yang memerlukan siasatan lanjut bagi melengkapkan siasatan.

“Kertas siasatan akan dipulangkan semula hari ini kepada pihak PDRM bagi tujuan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 6 Oktober lalu,  penelitian lanjut akan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara terhadap kertas siasatan berhubung video tular yang membabitkan Mohd Shuhaily.

Penelitian itu termasuk keterangan saksi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta apa-apa keterangan lain yang relevan.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, kertas siasatan berhubung video tular itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

Kertas itu akan dirujuk  bagi penelitian, nasihat dan arahan selanjutnya selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Dua laporan diterima daripada dua anggota polis berhubung dakwaan bahawa mereka telah dikasari secara fizikal oleh Ketua Pengarah AKPS.

Siasatan berhubung insiden tersebut dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu dengan sengaja melakukan sesuatu perbuatan yang menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada orang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini