PARLIMEN: Hanya 673 daripada 4,255 doktor lapor diri di Sarawak, Sabah

PARLIMEN: Hanya 673 daripada 4,255 doktor lapor diri di Sarawak, Sabah

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hanya 673 pegawai perubatan direkodkan melapor diri di Sarawak dan Sabah berbanding 4,255 penempatan pelantikan tetap yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah pegawai perubatan yang melapor diri di Sarawak adalah 337 daripada 527 orang yang ditawarkan manakala di Sabah adalah 336 daripada 528 individu yang mendapat tawaran berkenaan.

Secara keseluruhannya, beliau berkata, peratus pegawai perubatan yang melapor diri di kedua-dua negeri itu adalah 63 peratus daripada jumlah penempatan yang ditawarkan, dengan berlaku sedikit peningkatan berbanding 42 peratus pada 2025.

“Alasan menolak tawaran lantikan tetap adalah faktor berjauhan dengan keluarga dan pegawai perubatan tidak bersedia untuk bertugas dan berkhidmat di kawasan luar bandar.

“Kedua, mereka lebih berminat untuk bertugas di fasiliti kesihatan di kawasan bandar. Ketiga, pegawai perubatan berpandangan tidak mempunyai peluang kerjaya yang baik sekiranya berkhidmat di luar bandar dan pedalaman.

“Keempat, mereka ingin menjaga ibu bapa dan adik-beradik serta ingin berada berdekatan dengan pasangan. Seterusnya, pegawai perubatan menghidap masalah kesihatan, masalah logistik, kewangan peribadi serta kos perpindahan yang tinggi,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai kadar gagal lapor diri tinggi melibatkan 4,255 pegawai perubatan di Sabah dan Sarawak, yang berakhir semalam.

Dzulkefly berkata, antara faktor lain yang menyebabkan keengganan pegawai perubatan melaporkan diri adalah persepsi kurang peluang melanjutkan pengajian kepakaran jika ditempatkan di Sabah dan Sarawak.

“Akhir sekali, kerisauan mengenai hala tuju kerjaya dan peluang untuk bertukar semula ke Semenanjung ataupun wilayah asal mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN