Ops Tiris 4.0: 125,690 pemeriksaan, 514 tangkapan

Ops Tiris 4.0: 125,690 pemeriksaan, 514 tangkapan

FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 125,690 pemeriksaan dilaksanakan di seluruh negara menerusi Ops Tiris 4.0, dengan 514 individu ditangkap atas pelbagai kesalahan dalam usaha membanteras penyeludupan barangan kawalan.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM59.9 juta nilai rampasan direkodkan.

“Untuk di kawasan sempadan,penguatkuasaan melibatkan dua sektor utama iaitu darat dan laut. Bagi sektor darat, sebanyak 357 kes direkodkan dengan nilai rampasan berjumlah RM10.7 juta, manakala sempadan laut pula, sebanyak 275 kes (penyeludupan) dipatahkan dengan nilai rampasan sebanyak RM12.9 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara faktor yang boleh menyumbang kepada kelemahan kawalan penyeludupan ialah perubahan daripada pelaksanaan subsidi pukal kepada subsidi bersasar. Peralihan dasar tersebut, ditambah dengan perbezaan harga antara pasaran yang sah dengan barangan kawalan bersubsidi, boleh mewujudkan ruang kepada ketirisan dan aktiviti penyeludupan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali [ BN- Pekan) yang meminta Menteri KPDN menyatakan jumlah kes, nilai ketirisan, rampasan dan tangkapan menerusi Ops Tiris Bersepadu khususnya di kawasan sempadan.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, setakat 20 Oktober ini, sebanyak 23 kes telah dibawa ke mahkamah, manakala 248 kes dikenakan kompaun.

“Nilai keseluruhan kompaun yang direkodkan sebanyak RM950,900, dengan jumlah denda keseluruhan dilaporkan sebanyak RM290,000,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini