Nazir Hussin hadir semula ke SPRM, terima notis isytiharan harta

Nazir Hussin hadir semula ke SPRM, terima notis isytiharan harta

NAZIR Hussin ditemui selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM Purajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin hadir semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi menerima notis pengisytiharan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Beliau tiba di SPRM kira-kira pukul 10.50 pagi diiringi dua orang peguamnya.

Nazir Hussin mendakwa, pihak SPRM mengambil tindakan itu susulan kenyataan dibuatnya menerusi sidang akhbar dan program ‘podcast’ membabitkan isunya ditahan SPRM baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang ini, bila saya keluar, saya buat podcast, saya cerita kepada orang awam apa sebenarnya berlaku, saya bersihkan, saya jelaskan semuanya. Dia (SPRM) marah, bila dia marah, dia serve (serah) notis Seksyen 36,” katanya ketika ditemui di perkarangan ibu pejabat SPRM, di sini hari ini.

Katanya, beliau juga mendakwa SPRM daripada awalnya ingin membina naratif jahat terhadapnya termasuk membunuh karektornya.

Dalam pada itu, beliau berkata, permohonan injunksi telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bagi menghalang pelaksanaan arahan di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Beliau turut mendakwa berkemungkinan ditangkap SPRM hari ini sambil menggesa agensi itu supaya menghormati proses undang-undang dan menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan injuksi yang dibuat semalam.

“Sekiranya dia (SPRM) hormat undang-undang. Saya sudah failkan injuksi di mahkamah, kita tunggu mahkamah buat keputusan.

“Kalau sekiranya saya memfailkan injunksi di mahkamah semalam itu dianggap telah menghalang penjawat awam menjalankan tugas, maknanya SPRM itu satu sejarahlah.

“Dan SPRM sendiri tidak menghormati undang-undang, dan SPRM menggunakan undang-undang ikut tekak mereka, selera mereka,” katanya.

Sebelum ini, Nazir Hussin dan abangnya, Datuk Wira Mubarak Hussain direman lima hari selepas ditahan pada 30 September lalu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan penyelewengan dana yayasan.

SPRM turut menyita 15 kereta mewah bernilai kira-kira RM31 juta, 12 motosikal berkuasa tinggi bernilai kira-kira RM5 juta, lima jam tangan mewah, tiga gelang tangan serta wang tunai kira-kira RM30,000 selain turut membekukan dua akaun peribadi bernilai kira-kira RM2 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini