Malek Mccrone pilih wanita Johor jadi isteri - Utusan Malaysia

Malek Mccrone pilih wanita Johor jadi isteri

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Pelakon Malek Mccrone selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya yang hanya mahu dikenali sebagai Tina, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di sini pada 9 Oktober lalu.

Majlis persandingan pasangan berkenaan pula diadakan pada 10 Oktober di lokasi sama dalam suasana intim, dengan kehadiran ahli keluarga serta teman rapat.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pengurusnya, Stars Powerhouse Entertainment, Malek memilih untuk mengekalkan privasi sepanjang majlis perkahwinannya dan tidak berkongsi banyak perincian mengenai hari bahagianya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tina yang bukan daripada kalangan industri hiburan kini secara rasmi bergelar isteri kepada pelakon berkenaan.

Dalam pada itu, Malek dan isterinya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyampaikan ucapan tahniah serta menitipkan doa buat mereka.

“Malek dan Tina merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyampaikan ucapan tahniah serta menitipkan doa buat kami.

“Kami berharap agar perkahwinan ini sentiasa dilimpahi kebahagiaan, kasih sayang dan keberkatan,” menurut kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini