Malaysia perkukuh rondaan maritim di Selat Melaka

Malaysia perkukuh rondaan maritim di Selat Melaka

ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia akan memperkukuh rondaan maritim dan perkongsian maklumat risikan bersama negara jiran bagi memastikan Selat Melaka kekal selamat, di tengah-tengah ancaman keselamatan global yang dinamik.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, justeru Malaysia akan memantau perkembangan keselamatan di sepanjang laluan maritim di kawasan berkenaan.

Katanya, ini kerana Selat Melaka merupakan laluan perkapalan antarabangsa yang penting, menjadikan aspek keselamatannya amat kritikal kepada Malaysia dan perdagangan serantau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan pengawasan dan rondaan berterusan bagi menjamin keselamatan laluan berkenaan selain Kerjasama dengan negara jiran.

“Pendekatan ini bagi memastikan kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap sewajarnya selaras dengan perkembangan keselamatan semasa,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN- Simpang Renggam) mengenai kesiapsiagaan Malaysia menghadapi kemungkinan Selat Melaka menjadi titik panas geopolitik dan mengalami gangguan maritim seperti Selat Hormuz.

Dalam pada itu, Adly ketika menjawab soalan tambahan hasni mengenai ancaman luar berkata, Malaysia menggunakan platform Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) bagi perkongsian maklumat dan pandangan berkaitan keselamatan serantau.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah merah) mengenai keupayaan aset pertahanan yang semakin berusia serta kepentingan mengekalkan kesiapsiagaan ATM tanpa penglibatan aktif di luar negara, segala perancangan pertahanan negara berpandukan Kertas Putih Pertahanan yang disemak setiap lima tahun.

“Negara mempunyai pelan pertahanan yang dirangka sehingga tahun 2050.Sama ada melihat kepada domain maritim, darat atau udara, perancangan telah sedia ada untuk perolehan aset dan keupayaan pertahanan, termasuk pembangunan keupayaan pertahanan siber kita.

“Bagi memastikan pertahanan negara kekal kukuh dalam memelihara keselamatan dan kedaulatan negara, kita akan berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan perancangan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini