Lelaki maut tangki helium meletup - Utusan Malaysia

Lelaki maut tangki helium meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut akibat letupan tangki helium di sebuah kilang barang lupus di Sungai Chua, Kajang, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 11.53 pagi.

Beliau berkata, letupan menyebabkan mangsa berusia 49 tahun itu mengalami kecederaan parah pada bahagian pinggang ke bawah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian berlaku semasa mangsa sedang membuat kerja kimpalan di kilang itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

“Operasi melibatkan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang,” jelasnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini