Lebih 56,000 kandungan palsu diturunkan sehingga 15 Oktober 2026

Lebih 56,000 kandungan palsu diturunkan sehingga 15 Oktober 2026

TEO NIE CHING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 56,304 kandungan memudaratkan berunsur palsu dalam talian telah diturunkan oleh penyedia perkhidmatan bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 15 Oktober tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, tindakan kawal selia dan penguatkuasaan itu dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selaras dengan peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866).

“Tindakan ini dilaksanakan berdasarkan penilaian terhadap aduan yang diterima, pematuhan kepada garis panduan komuniti platform serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 19 kes telah didakwa di mahkamah dan daripada jumlah itu, 12 kes mendapat keputusan dengan jumlah denda keseluruhan RM75,500; 34 kes dikenakan kompaun berjumlah RM1.72 juta, 74 kes dikeluarkan surat amaran dan 29 kes masih dalam siasatan. 

“Manakala 390 kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berkaitan statistik kes berita palsu direkodkan dari 2023 hingga kini, tindakan diambil serta hukuman yang telah dikenakan.

Selain itu, Teo turut menjelaskan proses penilaian melibatkan beberapa lapisan sebelum sesuatu kandungan diturunkan.

Katanya, MCMC terlebih dahulu menilai aduan yang diterima daripada agensi kerajaan, agensi penguatkuasa atau orang awam sebelum mengemukakan permohonan kepada penyedia platform sekiranya kandungan berkenaan disyaki melanggar undang-undang.

“Namun, pihak penyedia platform juga akan membuat penilaian mereka sendiri sama ada kandungan berkenaan melanggar undang-undang atau garis panduan komuniti mereka.

“Disebabkan itu, bukan semua permohonan daripada MCMC akan diturunkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini