KPM lanjut tarikh isi markah UASA, PAJSK

KPM lanjut tarikh isi markah UASA, PAJSK

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) melanjutkan tarikh pengisian markah bagi beberapa pentaksiran dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (MOEIS) susulan sesi persekolahan dan pentaksiran yang terganggu dengan situasi jerebu.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, tarikh pengisian markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dilanjutkan dari 21 November kepada 28 November 2026.

“Selain itu, pengisian markah Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PAT/PASA) turut dilanjutkan dari 21 November kepada 28 November 2026.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) pula, tarikh pengisian markah yang sepatutnya berakhir pada 30 November dilanjutkan kepada 5 Disember 2026,” katanya hari ini.

KPM memaklumkan, pelanjutan itu diharap membolehkan murid, guru, ibu bapa serta penjaga lebih selesa dalam proses pengisian markah dalam sistem MOEIS KPM kelak.

“Langkah itu susulan perhatian kementerian terhadap sesi persekolahan dan pentaksiran yang terganggu dengan keadaan jerebu di beberapa kawasan dalam negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini