KUALA LUMPUR: Kemelut di antara pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia dan keluarganya berhubung kewangan serta pengurusan LZJ Management berjaya diselesaikan secara baik di sini hari ini.
Perjanjian persetujuan membabitkan kesemua pihak direkodkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Leong Wai Hong selepas proses mediasi di kamar hakim hari ini.
Pada 2 Julai lalu, Zii Jia, 28, selaku pemohon memfailkan saman pemula dengan menamakan LZJ Management, bapanya, Lee Chee Hin; kakaknya, Lee Zii Yii, 30, , Zii Jia dan adik lelakinya, Lee Tao, 25, sebagai responden pertama hingga keempat.
Pada prosiding hari ini, pemain badminton negara, Zii Jia, bapa dan adik lelakinya hadir ke mahkamah.
Kakaknya, Zii Yii tidak hadir tetapi dimaklumkan turut bersetuju dengan perjanjian persetujuan tersebut dan bersetuju perjanjian terbabit ditandatangani tanpa kehadirannya.
Di dalam syarikat LZJ Managamenet, Zii Jia merupakan pemegang saham terbesar syarikat itu sebanyak 90 peratus manakala kakaknya memegang saham sebanyak sembilan peratus dan adiknya sebanyak satu peratus. Bapanya, Chee Hin merupakan salah seorang pengarah dalam syarikat terbabit.
BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL.











