Kerana kekayaan, yang buruk dipandang mulia - Abby Abadi - Utusan Malaysia

Kerana kekayaan, yang buruk dipandang mulia – Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Bila seseorang itu kaya, semuanya nampak indah di mata.”

Demikian perkongsian pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang berpandangan golongan kaya akan dipandang baik kerana kekayaannya.

Kata Abby, keadaan itu membuatkan seseorang itu tidak dapat membezakan baik buruk orang lain kerana harta dan pengaruhnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yang salah pun boleh jadi betul, yang buruk pun dipandang mulia.

“Bukan kerana tak nampak kesalahannya, tetapi kerana terlalu berharap suatu hari nanti dapat sama-sama menumpang nikmat kekayaannya,” katanya dalam Thread.

Kata Abby, 48, lumrah dunia apabila kekayaan menjadi ukuran terhadap kebaikan seseorang.

“Begitulah dunia, bila harta menjadi ukuran, kebenaran pun sanggup diketepikan.

“Yang dipuja bukan lagi akhlak dan budi, tetapi kemewahan yang dimiliki,” kongsinya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini