Kanak-kanak Rohingya maut akibat kecederaan fizikal, empat ditahan

Kanak-kanak Rohingya maut akibat kecederaan fizikal, empat ditahan

ZULKHAIRI MUKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki etnik Rohingya berusia setahun meninggal dunia di Hospital Melaka pada 7 Oktober lalu akibat kecederaan fizikal, berdasarkan hasil bedah siasat.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, polis menerima laporan berhubung kematian mangsa selepas kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.00 petang pada hari berkenaan.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan fizikal dan bukannya sawan seperti yang didakwa ibunya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan kejadian itu, polis menahan empat warga Myanmar, terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 20 hingga 50 tahun, pada 8 Oktober lalu bagi membantu siasatan,” ujarnya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurutnya, kesemua mereka direman selama enam hari bermula hari ini hingga 14 Oktober ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur kecuaian atau jenayah yang menyebabkan kematian kanak-kanak berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini